
Pada 30 Jun 2007 yang lalu, saya baru-baru menonton sebuah tayangan wayang yang menarik, iaitu “The Island” di channel HBO.
Cerita beginilah bermula. Pada tahun 2019, alam sekitar dunia telah mengalami pencemaran toksik yang teruk. Ada sebahagian manusia diselamatkan daripada pencemaran itu. Mereka diarahkan tinggal di sebuah tempat yang dikawal ketat dalam pakaian, makanan, pekerjaan dan pergaulan harian. Semua orang diberikan peluang untuk menyertai loteri yang memilih beberapa orang pergi ke sebuah tempat yang dikatakan sebagai kayangan yang indah,iaitu “The Island”.
Lincoln 6-echo ialah kolonis yang tinggal di tempat kawalan ketat itu. Pada mulanya, dia mempercayai dunia telah dicemar oleh toksik dan dia bersyukur telah diselamatkan. Dia juga mempercayai kewujudan“The Island”.Walaubagaimanapun, dia sering diancam oleh mimpi yang ngeri.Selain itu, dia mendapat seekor serangga yang hidup dengan tidak sengaja.Kepadanya,dunia di luar telah dicemar tidak mungkin ada sebarang haiwan yang hidup,tetapi sekarang mengapa ada serangga yang hidup terbang dari luar dunia? Peliknya!
Lincoln 6-echo berkongsi pendapatnya dengan sahabat baiknya,Jordan 2-delta,seorang wanita yang cantik.Tetapi Jordan tidak menerima pendapat Lincoln kerana dia telah memenangi loteri yang memilihnya pergi ke “The Island” dan tetap mempercayai kewujudan tempat itu.
Pada malam itu, Lincoln 6-echo sekali lagi bermimpi.Dia berasa dia mesti mencari tempat datang serangga hidup itu.Dalam proses pencariannya,dia ternampak seorang pemenang loteri dibunuh kerana berjaya melahirkan anak kepada wanita yang serupanya dan seorang lagi sedia disembelih untuk mendapatkan organnya.Dia memahami pepindahan ke“The Island”sebenarnya janjian yang palsu.Dia tidak membenarkan perkara tersebut berlaku di atas Jordan.Dia melarikan diri bersama Jordan keluar dari tempat itu.
Dr.Merrick mengarahkan orangnya menangkap dan membunuh Lincoln dan Jordan kerana mereka dianggap sebagai “produk yang tercemar”.Lincoln berjaya mencari James McCord yang dianggap sebagai sahabat baiknya.Dia memarahi McCord mengapa membohongkan dia juga merupakan colonis tempat itu(sebenarnya McCord ialah seorang ahli sains). McCord memberitahu Lincoln dan Jordan bahawa mereka bukan manusia yang sebenar,
tetapi merupakan polisi insurans manusia tahun 2019,iaitu klon.
Selepas itu, McCord membantu mereka melarikan diri daripada ahli polis dan ahli FBI. Malangnya,Mc Cord dibunuh oleh orang Dr.Merrick.Selepas pelbagai Lincoln 6-echo berjaya mencari “sponsor”nya,iaitu Tom Lincoln.Tom Lincoln merupakan seorang yang jahat dan suka akan kejelitaan Jordan . Dia ingin memilik Jordan 2-delta dan mengambil keputusan untuk menangkap/membunuh klonya(Lincoln 6-echo). Dia berpura-pura berjanji membantu kedua-dua klon itu melalui media massa. Dia mengikuti kehendak Lincoln 6-echo ke station televisyen tetapi sebaliknya memberi arah ke Laurent.(seorang polis)
Akhirnya,Tom dibunuh oleh Albert Laurent kerana salah menganggap dialah Lincoln 6-echo.Selepas itu, Lincoln 6-echo pulang ke rumah Tom berjumpa dengan Jordan. Mereka membincang tentang cara menyelamatkan kawan-kawan mereka daripada Dr.Merrick.Mereka memasuki tempat tersebut untuk menutup penjana holografik supaya dapat menunjukkan kebenaran kepada klon lain.
Selepas Lincoln 6-echo berjaya merosakkan penjana holografik. Kemudian, pertarungan Dr.Merrick dengannya berlaku. Dr.Merrick gagal dan terbunuh.Semua klon berjaya keluar dari tempat kawalan,melihat dunia yang indah.Cerita ini berakhir dengan Lincoln dan Jordan belayar ke sebuah pulau(island) yang benar-benar ada.
Saya menyukai cerita tersebut kerana ia mengajar saya beberapa perkara iaitu kita mestilah menyayangi jiwa makhluk yang dicipta dan menyayangi alam sekitar.Cerita ini sangat menarik dengan pelbagai teknologi sains yang maju pada tahun 2019.Ia juga menunjukkan kejahatan dan kezaliman manusia yang ingin menyambutkan nyawa mereka dengan cara yang zalim.Sebaliknya,kedua-dua klon tersebut memahami nilai kasih sayang,kebenaran manusia yang baik dan percintaan antara manusia.Ini boleh dilihat dalam tayangan wayang.
Watak yang paling saya sukai ialah Lincoln 6-echo kerana dia merupakan klon yang bijak, pintas, baik hati, bertanggungjawab dan sanggup pergi ke tempat yang bahaya untuk membantu kawan-kawannya.Dia suka menegakkan keadilan dan kebenaran.Dia berasa kasihan kepada kawan-kawannya yang akan dibunuh.Dia dicipta dengan harga sebanyak 5 million untuk menyelamatkan “sponsor”nya yang mendapat penyakit hepatitis,tetapi dia tidak membantu Tom kerana Tom merupakan orang yang tidak sepatutnya diberikan bantuan.Penyakit Tom adalah perlakuan sendirinya yang keji.
Babak yang saya suka ialah babak semasa Lincoln dan Jordan berjaya melarikan diri dari tempat tinggal klon.Mereka mendapat kebebasan untuk belajar pelbagai perkara dan bebas daripada tangan Dr.Merrick.Babak ini juga menunjukkan kelucuan mereka di kedai bar.Mereka kelihatan tidak mengetahui pelbagai perkara di situ.Lincoln juga memasukkan tandas dan terus memarahi McCord yang sedang menggunakan tandas sambil membaca surat khabar. Perbuatan Lincoln ketika itu tidak mempedulikan keadaban dan penghormatian kepada McCord yang masih tidak memakai seluarnya dengan baik.Saya berasa tidak boleh menyalahkan perbuatannya yang tidak berhemah itu, kerana ketika itu dia sangat marah dan klon tidak diberi pendidikan yang dalam.
Begitulah review tayangan wayang yang saya tonton.
1.Lincoln 6-echo dan Jordan 2-delta 2.Salah seorang pemenang loteri di bilik operasi.
3.Lincoln 6-echo dan Tom Lincoln


Ditulis oleh Ginger Cat pada 15 Julai, 2007