<

+ Selamat Datang +

Selamat datang ke Summoned - blog yang dibuat oleh pelajar dari 5 Bunga Raya & diketuai oleh guru Bahasa Malaysia mereka - Puan Hanim

+ Ahli-ahli SUMMONED +

Kami pelajar 5 Bunga Raya, S.M.K. Taman S.E.A. Blog ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kami...

Chibi_Rozen aka Je Hui

Greyfrozz Ant aka Mei Yee

Ginger Cat aka Natasha Ting

+ Chocopets +

+ Links +

Imeem
Project Initial
k5harmoni
renegades
Blaze
Projek D
Organized Chaos
Theory of Lepak
snOOpy
Crazy Gamer
Aku anak Malaysia
Bm Pn.Hanim
fortune prediction

+ Wild Talk +


+ Musix +



+ Previous Posts +

Selamat Tahun Baru Cina~~~
Selamat Tahun Baru Cina!!!!!!
Selamat Datang ke ~Summoned~

+ Thanks +

[ Brush (c) A]
[ Dingbats @ Dafont]
[ Layout designed by fern*]

Pertarungan Tuah Dengan Jebat

Pada bulan yang lalu,Puan Haniam telah membawa semua pelajar kelas 4 bunga Raya pergi ke bilik tayangan untuk menyaksikan sebuah filem lama tentang pertarungan Tuah dengan Jebat( blog kami memang lambat "publish" karangan ini). Walupun filem itu kelihatan lama( filem putih hitam) tetapi ia telah menambah pengetahuan kita tentang prosa tradisional Pertarungan Tuah dengan Jebat.

Filem itu telah menunjukkan sebab-sebab Hang Jebat menderhaka kepada Sultan.Pada mulanya, Hang Tuah dititahkan menerima hukuman mati daripada sultan.Khabar ini diketahui oleh sahabat baik Hang Tuah, iaitu Hang Jebat. Dia berasa sangat marah atas perbuatan sultan.Bagi Hang Jebat, Hang Tuah merupakan laksamana yang setia dan telah banyak berjasa kepada negeri dan sultan. Dia juga bersimpati dengan nasib isteri dan anak Hang Tuah kerana mereka telah kehilangan seorang suami dan bapa. Kemudian, Hang Jebat mengambil keputusan untuk membalas dendam atas perbuatan sultan yang membunuh Hang Tuah dengan tanpa usul periksa.

Ketika ketiadaan Hang Tuah, Sultan Melaka melantik Hang Jebat sebagai hulubalang negeri dan menyerahkan keris Taming Sari kepadanya kerana kehandalan Hang Jebat. Semenjak itu, Jebat semakin bersikap luar biasa. Dia berpendapat dia telah mengambil tempat Hang Tuah dan mempunyai kuasa sebagai seorang hulubalang yang berjawatan tinggi. Pada suatu hari, dia menyuruh rakyat biasa masuk ke dalam balairung seri istana untuk menikmati makanan dan menyaksikan tarian yang dipersembahkan oleh dayang-dayang( pada zaman itu, rakyat biasa dilarang berbuat begitu). Jebat menyuruh orang mengambil cukai barang yang telah dikumpulkan daripada rakyat dan memulangkan barang-barang itu kepada rakyat. Selain itu, Hang Jebat juga menyuruh mereka memberontak.

Perbuatan-perbuatan Hang Jebat itu telah mengejutkan Sultan, bendahara,dan ketiga-tiga sahabat baiknya. Walaupun dinasihati dan diberi amaran oleh ketiga-tiga sahabatnya, Jebat masih tidak mengubah sikap dan terus duduk di tempat sultan.Selain daripada perbuatan di atas, Jebat pula berzina dengan seorang dayang istana yang bernama Dang Baru. Saya rasa perbuatan Hang Jebat ini berani tetapi sangat bodoh dan mementingkan diri sendiri.

Akhirnya, sultan menyuruh Hang Tuah pergi membunuh Hang Jebat selepas diberitahu bahawa Hang Tuah belum mati( hai, sultan ini memang bersikap terburu-buru ). Menurut prosa tradisional dalam buku komsas Anak Laut, Hang Jebat berjaya ditikam oleh Hang Tuah. Saya tidak tahu kesudahan Hang Jebat. Makna saya, adakah Hang Jebat meninggal dunia selepas ditikam oleh Hang Tuah?

Pada zaman sekarang, ada orang tidak mematuhi undang-undang negara kerana mementingkan diri sendirią„¤ Ada yang sanggup menjual nama negaranya kerana dua benda, iaitu wang dan kuasa. Cerita ini mengajar kami tidak boleh mengkhianati kepada pemerintah dan berbuat jahat kerana akan mengalami hukuman yang patut diterima seperti Hang Jebat. Kita juga tidak patut menyalahi atau menghukum orang lain tanpa bukti atau alasan yang benar.Makna yang sama, kita harus mengamalkan nilai rasional.

Saya berpendapat prosa tradisional banyak memberi pengajaran dan nilai murni kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Hanim kerana sudi memberi kami menyaksikan filem itu untuk membantu kami memahami watak,plot,tema dan persoalan prosa ini. :)

Ditulis oleh Ginger Cat pada 12 Mac, 2007
0 Comment ♥