<

+ Selamat Datang +

Selamat datang ke Summoned - blog yang dibuat oleh pelajar dari 5 Bunga Raya & diketuai oleh guru Bahasa Malaysia mereka - Puan Hanim

+ Ahli-ahli SUMMONED +

Kami pelajar 5 Bunga Raya, S.M.K. Taman S.E.A. Blog ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kami...

Chibi_Rozen aka Je Hui

Greyfrozz Ant aka Mei Yee

Ginger Cat aka Natasha Ting

+ Chocopets +

+ Links +

Imeem
Project Initial
k5harmoni
renegades
Blaze
Projek D
Organized Chaos
Theory of Lepak
snOOpy
Crazy Gamer
Aku anak Malaysia
Bm Pn.Hanim
fortune prediction

+ Wild Talk +


+ Musix +



+ Previous Posts +

Selamat Tahun Baru Cina!!!!!!
Selamat Datang ke ~Summoned~

+ Thanks +

[ Brush (c) A]
[ Dingbats @ Dafont]
[ Layout designed by fern*]

Selamat Tahun Baru Cina~~~

Pada tahun ini, saya telah menyambut Tahun Baru Cina yang amat seronok sekali. Walaupun kami tidak dapat makan malam di Butterworth dengan nenek, datuk, pak cik, mak cik dan sepupu saya, saya dan keluarga saya telah makan makanan kukus yang enak bersama-sama.

Selepas makan malam, kami menonton tevisyen bersama-sama di ruang tamu. 'Lame'? Saya tahu, Kami tidak balik ke Butterworth makan malam pada tahun ini, oleh itu kami hanya menonton televisyen pada malam itu. Tetapi jika kami berada di rumah nenek, kami akan main mercun (yang kecil) di depan rumah dengan sepupu manakala nenek, mak cik dan ibu kami akan menyediakan barang untuk menyembah nenek moyang kami (bapa kami hanya goyang kaki di atas sofa...), ‘Cai Shen’ (Tuhan Kekayaan), ‘Tian Gong’ (Tuhan ‘Langit’ –sebenarnya saya tidak tahu cara betul untuk menjelas Tuhan ini, maafya Tian Gong...), ‘Tu Di Gong’ (Tuhan tanah) dan ‘Guan Ying’ (Lebih teruk.... saya tidak tahu... Gambar yang sebelah ialah foto Guan Ying). Selepas itu, kami akan berbual-bual, main PS, dan menonton televisyen (televisyen lagi!? XP), sehingga pukul 12:00 malam.
Apabila masa itu tiba, nenek akan mainkan lagu selamat Tahun Baru Cina, dan kami, semua yang sama bei akan mengucap ‘selamat Tahun Baru Cina’ dan kata-kata ucapan kepada nenek dan atuk kami, menerima ‘ANGPAU’(sayang~) daripada mereka (mestilah...), baru kami mengucap kata-kata ucapan kepada ibubapa dan pak cik mak cik kami, dan akhirnya sepupu kami yang sudah berkhawin (hanya dua orang sahaja, kami sedang mengira kena tunggu berapa tahun lagi baru boleh menerima angpau yang lain) Tetapi kan saya sudah cakap tahun ini kami tidak balik ke Butterworth... Tahun ini saya, adik saya Ah Yu dan Ah Qiang hanya menerima angpau daripada ibubapa kami sahaja. Kesian. Hehehe... jangan risau, saya tidak kata kami hanya menerima SATU angpau pada tahun ini. Sebenarnya, kami bertolak balik ke Butterworth pada hari pertama Tahun Baru Cina (pada hari Ahad). Kecewa? Janganlah begitu...

Tradisi keluarga kami ialah perempuan yang telah berkhawin tidak boleh balik ke rumah ibunya atau keluar rumah menziarahi orang lain pada hari pertama, oleh itu, kami tidak pergi ke mana-mana selepas kami tiba di rumah nenek. Kami hanya mengucap kata-kata ucapan kepada nenek, datuk dan saudara kami pada hari itu. Nasib baiknya, sepupu saya ada internet. Pada hari kedua barulah kami pergi menziarahi nenek (ibu ibu saya) yang tinggal dekat di rumah nenek saya. Saya juga menziarahi pak cik saya. Pada hari yang ketiga, ibu membawa ibubapanya, iaitu nenek saya, dan mak cik saya pergi ke Pizza Hut makan, sungguh seronok dan gembira dapat makan dengan keluuarga...

Pada hari yang kemudian, kami telah menziarahi seorang mak cik kami dan keluarganya (ANGPAU~~~ menyanyi dan menari seperti orang g*** XP) selepas seminggu, kami bertolak balik ke Petaling Jaya. Sungguuuuuuuuuuuh seronok balik ke Butterworth!!! Tetapi, kami pun sudah takut makan 'steamboat'. Kami makan 'steamboat' pada malam sebelum Tahun Baru Cina, makan 'stemboat' yang ‘berusia’ satu hari semasa tiba di Butterworth(nenek saya juga makan), makan Maggi dengan sup 'steamboat'...

Penyambutan kami tidak menutup di sini, kami juga ada menziarahi seorang mak cik saya di Sri Petaling dan satu lagi yang tinggal bersama dengan dia. Kami juga pergi menziarahi seorang pak cik dan keluarganya di bangsa dan menyediakan makan malam dengan isterinya pada hari yang terakhir Tahun Baru Cina.

Kalian nampak tak? Semasa Tahun Baru Cina, tidak ada sebuah kereta di jalan raya... Banyak kedai dan restoran juga bercuti. Menurut bapa saya, terdapat banyak orang bergerak ke sini dan ke sana di seluruh dunia untuk bertemu dengan keluarganya semasa musim perayaan Tahun Baru Cina . Lebih banyak berbanding dengan musim perayaan yang lain...

*Gambar di atas adalah "patung"dewa
" guan ying" yang besar.

Ditulis oleh ChibiRozen pada 10 Mac, 2007
1 Comment ♥