Pengalaman Cuti Saya
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007 telah tamat. Kemudian, minggu cuti sekolah yang diharapkan oleh semua orang pun datang…^0^
Pada 26 Mei hingga 10 Jun 2007 adalah cuti sekolah yang panjang, iaitu selama 2 minggu. Pengalaman cuti saya tidak seperti kawan saya Je hui dan Wei Fen yang dapat pergi melancong ke luar negara.Saya hanya bersiar-siar di tempat saya sahaja. Minggu cuti sekolah saya boleh dikatakan sebagai “minggu belajar” kerana saya dapat belajar beberapa perkara.
Saya mengambil peluang ini untuk membuat projek moral dan mengulang kaji Matematik Tambahan kerana markah matapelajaran ini dalam peperiksaan pertengahan tahun 2007 adalah paling rendah.*0* Saya juga pergi ke perpustakaan awam yang terletak di dalam Tokong Kuan Inn Teng untuk meminjam beberapa buku dan novel.
Hampir setiap hari dalam minggu cuti ini saya pergi bersiar-siar di beberapa kompleks membeli-belah seperti Ikano Power Centre, The Curve, Tesco, Mid Valley Megamall dan Suria KLCC bersama keluarga saya. Saya pun tidak tahu mengapa ibubapa saya selalu membawa kami bersiar-siar di kompleks-kompleks tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih berasa seronok kerana dapat bersiar-siar bersama keluarga. Saya paling suka pergi ke kompleks Ikano Power Centre kerana di sana ada kedai buku Popular yang besar dan saya suka membaca buku-buku di sana.Buku yang saya paling suka baca ialah “ The Adventures of Tintin” dan "Detective Conan". Saya juga makan tengah hari di Restoran Santai Kitchen.
Saya “dipaksa” oleh bapa untuk menyertai kelas tarian ballet semula pada cuti ini ( saya telah berhenti belajar tarian ini sejak satu tahun lalu). Bapa sebagai guru kelas itu, menyuruh saya menyertai kelas gred 8 ( walaupun saya berasa susah ) kerana masa kelas itu sesuai kepada saya. Saya terpaksa mengikuti gerak-geri pelajar-pelajar lain, susahnya! Tetapi saya masih belajar dengan bersungguh-sungguh.
Di rumah, selain daripada membuat dan mengulangkaji kerja sekolah saya ada menjalankan hobi saya, iaitu melukis. Hakikatnya, saya ingin mempunyai komik sendiri apabila saya mula bekerja.Oleh itu, saya menggunakan cuti ini untuk menulis plot-plot cerita komik dan belajar melukis watak-watak saya.Ok, di sini saya mula cakap tentang piano saya. walaupun saya amat suka bermain piano,tetapi teknik bermain piano saya sudah “bergerak ke arah belakang”. Maksudnya tidak ada sebarang kemajuan sejak saya berhenti belajar piano lagi.Oleh itu, saya cuba mendapat piano “music sheet” yang percuma dalam internet untuk belajar.
Satu hari dalam minggu cuti ini saya berpeluang "menyaksikan" sebuah kes kebakaran di Taman Megah semasa saya pergi ke RHB bank bersama ibu dan adik.Kebakaran itu boleh dikatakan sebagai kebakaran kecil kerana tidak terbakar semua bahagian kedai.Menurut seorang lelaki,kebakaran itu mungkin disebabkan oleh masa penggunaan alat penyaman udara yang terlalu lama.Ketika itu saya dan adik menunggu ibu di dalam kereta.Tiba-tiba seorang pak cik memberitahu kami sebuah kedai di belakang kereta kami berlaku kebakaran.Saya segera melihat ke arah belakang. Saya ternampak asap hitam berkepul-kepul keluar dari tingkap kedai itu.Ibu saya pula segera memandu kereta ke tempat yang lebih jauh dari tempat tersebut.Keadaan masa itu kelam-kabut.Saya dapat melihat ada orang membantu mengawal api dengan air,ada yang sibuk mengambil gambar dan ada yang sibuk menelefon bomba.Selepas 10 minit kemudian,kereta bomba telah datang.Walaupun api berjaya diputuskan sebelum mereka datang,mereka tetap memeriksa keadaan kedai itu supaya tiada orang cedera atau terperangkap di dalam kedai itu.Kes kebakaran ini benar-benar berlaku di Taman Megah, saya tidak menipu.
Ketika saya dan keluarga pergi ke kompleks Sungei Wang pada hari cuti yang terakhir,kami ternampak amaran banjir di sebuah papan elektronik kecil.Nasib baik kami percaya amaran tersebut dan menukar destinasi kami kepada Mid Valley.Jika tidak,kami akan terperangkap di Kuala Lumpur kerana banjir.Keesokan harinya,berita tentang Kuala Lumpur dilanda banjir kilat telah diterbitkan di surat khabar! 0_0
Begitulah pengalaman cuti saya.Harapkan kamu semua dapat memberikan komen-komen tentang pengalaman tersebut kepada saya.Terima kasih.^.^
Inilah makanan kami makan di Restoran Santai Kitchen,Tesco. Walaupun lauk-pauk ini kelihatan "hodoh"sedikit(telah kami makan separuh >.< ),tetapi amat sedap dan harganya berpatutan.
Ditulis oleh Ginger Cat pada 16 Jun, 2007
|