+ Selamat Datang +
Selamat datang ke Summoned - blog yang dibuat oleh pelajar dari 5 Bunga Raya & diketuai oleh guru Bahasa Malaysia mereka - Puan Hanim+ Ahli-ahli SUMMONED +
Kami pelajar 5 Bunga Raya, S.M.K. Taman S.E.A. Blog ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kami...+ Chocopets +
+ Links +
Imeem ♥+ Wild Talk +
+ Musix +
+ Previous Posts +
~SELAMAT HARI GURU~+ Thanks +
[ Brush (c) A]Selepas "check in", kami menunggu untuk menaik kapal terbang MH. "Security" di situ AMAT ketat, beg semua orang diperiksa, dan semua orang pergi melalui sebuah pintu yang hampir gred semua orang sebagai "bahaya"(-.-lll). Pada pukul 11:15, kami menaiki kapal terbang. Pada pukul 11:30, kapal terbang bermuka bergerak dan selepas 5 lebih minit, kapal terbang itu berjaya berterbang (mestilah, jika tidak buat apa panggil kapal "terbang")
Cantiknya pemandangan di bawah!! Cahaya lampu nampak seperti bintang. Saya dan ibu saya duduk di tepi tingkap, agak bising... Malam itu saya hanya tidur T.I.G.A. jam sahaja, susah juga nak tidur. Mengapa? 1. Bising enjin kapal terbang 2. Terlalu "excited"... 3. Makanan diberi pada pukul 1 DAN pukul 5. Siapa boleh tidur!?
Kami tiba di Narita Airport pada 11 pagi. Kami menaiki "densha"- LRT ke Terminal 2, lalu menaiki "basu" -bas ke tempat perhimpunan keluarga "angkat" kami. Semua keluarga angkat kami adalah ahli Hippo Family Club. Mereka juga pernah mangadakan aktiviti menjemput orang dari pelbagai negara ke rumah mereka untuk mengetahui cara hidup orang dari negara lain. Apabila kami masuk ke bilik mereka berkumpul, kami dijemput dengan meriah sekali. Orang Jepun amat "friendly"!!! Hampir semua keluarga angkat sekeluarga datang untuk menjemput kami. Pada mulanya, kami mengenalkan keluarga kami, selepas itu, kami menonton drama "Lobak". Lobak adalah cerita seorang datuk yang sedang menarik sebatang lobak yang AAAMMAAAATT besar. Mungkin anda sudah tahu, dia gagal... Selepas itu, nenek mari tolong, gagal lagi, akhirnya perempuan, anjing, kucing dan tikus pun datang menolong dan mereka berjaya menarik keluar lobak beasr itu.
Berikut adalah dialog mereka: Narator: Lobak besar (seorang mengambil sekeping gambar lobak dan menyembunyi badan lobak itu dengan sekeping kertas lagi, oleh itu lobak itu hanya boleh lihat daunnya.)
Narator : Datuk (Gambar seorang datuk dikeluarkan) tarik lobak. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...
Datuk: Nenek! (Seorang mengeluarkan gambar nenek)
Nenek: Apa?
Datuk: Mari tolong!!! (Nenek datang)
Bersama-sama : nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar, 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...
Nenek: Perempuan! (Gambar perempuan dikeluarkan)
Perempuan: Apa?
Nenek: Mari tolong!!! (Perempuan datang)
Bersama -sama: Perempuan tarik nenek, nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...
Perempuan: Anjing.......
..... (sama saja...) Akhirnya...
Kucing: Tikus!
Tikus: Apa?
Kucing: Mari tolong!!! (Tikus mari)
Bersama-sama: Tikus tarik Kucing, kucing tarik anjing, anjing tarik perempuan, perempuan tarik nenek, nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Boleh!!! Lobak keluar, Malaysia Boleh!!!
Mereka belajar bahasa Malayu untuk kami semua dan pandainya!!! Kami amat terharu TvT. Selepas "bermain" dengan mereka, saya dan ibu saya mengikut keluarga angkat ibu saya iaitu keluarga Ozawa ke Sunshine City.Ibu angkat saya ialah Niimi Naoko-san (san adalah encik/mak cik/cik) tetapi anaknya, Yuna-chan (panggilan untuk anak kecil, lelaki dipanggil XXX-kun) menyertai hari sukan di sekolahnya, manakala suaminya, Niimi Kazuhiko-san oleh itu mereka tidak dapat datang menjemput saya. Keluarga saya dan kleuarga ibu tidak sama. Sebenarnya kami minta mereka membahagikan kami ke keluarga yang sama tetapi mereka kata keluarga di Tokyo tidak mampu mengambil kami, nasib baiknya kedua-dua keluarga berkenal dan kawan baik juga.
Kami pergi ke Sunshine City dengan mengguna "subway", subway di Jepun amat sistematik, tiket boleh dibeli di mesin. Apabila kami tiba di Sunshine City, kami pergi ke restoran Japun makan Udon (sejenis mi "gemuk" berwarna putih) dengan Tenpura (udang). Sedapnya... Tetapi terlalu banyak, saya tidak mampu habis semua... Selepas itu kami pergi membeli-belah, sini kata membeli -belah, tetapi apa-apa pun tidak kami beli. Kami pergi ke kedai buku. Sebenarnya jika boleh... sekarang saya mungkin berada di kedai buku membaca manga-komik Jepun, dan post ini tidak berpeluang dikeluarkan... >v<
Kepada mereka yang anggap rumahnya atau bilaknya saaaaanggaaaaaaaaat kecil, bersyukur, rumah mereka, maksud saya ialah rumah, bukan bilik, mungkin hanya tiga atau dua setengah bilik anda besar sahaja... ruang tamu dan dapur mereka bergabung, mereka hanya ada satu tandas, dan satu bilik mandi yang kacil sahaja. Tandas itu hanya sebesar, mungkin lebih besar siiiikiiiiit daripada tandas kapal terbang. Saya tinggal di rumah Ozawa sehingga 7:30, kami bertolak ke Hippo center yang terdekat di Itabashi-tempat tinggal saya dan ibu saya. Mereka mengadakan satu parti lagi untuk kami. Kami menonton "drama Lobak" mereka sekali lagi. Selepas itu, kami menolong mengangkat kerusi dan meja untuk makan malam (sebenarnya mereka ingin kami duduk dan lihat sahaja kerana kami ialah tetamu)
Mereka mengeluarkan bento (makanan yang diletakkan dalam kontainer supaya mudah untuk membawa) dan saya diberi satu bento makan. Dalam bento itu ada nasi, ikan, tofu, telur dan ???( tidak tahu panggilannya...) Kami balik ke rumah masing-masing selepas itu, saya menaiki kereta Niiimi Kazuhiko-san dan ikut mereka balik ke rumahnya.
Inilah hari pertama saya di Jepun...
Pada hari kedua, kami pergi ke Tokong Asakusa. Susahnya nak cari tempat untuk meletak kereta... Kami telah cari dua tempat baru dapat. Tempat meletak kereta mereka juga sungguh menjimat tempat. Kereta diletak di bawah tanah dan mahal juga... Dan bukan itu sahaja, tempat kereta itu terletak agak jauh dari Tokong Asakusa, oleh itu kami berjalan ke situ selama 15 minit baru tiba. Banyak orangnya di Asakusa... Dan pelbagai kedai juga dibuka di seluruh jalan ke Ibadat Asakusa. Ada kedai yang menjual makanan: ais-krim, kuih-muih, biskut, ada yang menjual pakaian dan kasut, ada yang menjual cenderamata dan hiasan. Kami berjalan sambil membeli-belah di Asakusa sehingga kami sampai ke Tokong Asakusa. Selepas mengunjung Tokong Asakusa, kami pergi makan di sebuah restoran Jepun yang kecil.
Setelah makan, kami pergi ke pantai/tasik(?) kerana anak-anak ingin main air. Tasik itu amat bersih, pasirnya amat bersih... Di situ juga ada mesin yang menjual ais-krim dan minuman. Ibu saya membeli beberapa ais-krim dan belanja kawan-kawan kami. Sedapnya... Selepas itu, kami pergi ke Aqua City, sebuah pusat membeli-belah yang besar. Kami pergi ke 'Toys'r us', banyak permainan yang berbagai-bagai dan buku dan gula-gula boleh didapat di situ!!! Ibu saya telah membeli dua helai pakaian kanak-kanak untuk pada waktu makan yang boleh mengurangkan 'pengotoran' yang dibuat olehnya untuk anak sepupu saya manakala saya telah membeli satu model Fate/stay Night- Archer. Walupun model itu kecil, tetapi sungguh cantik... >.<>
Setelah kami telah kenyang, kami pergi ke Tokyo Tower!!! Pada masa itu, cuaca di situ agak sejuk... >w<
Inilah Asakusa...