Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah tamat!!! Ini bermakan “MERDEKA”!!! Masa berehat dan bermain saya akhirnya sudah tiba, dalam hati saya, saya memberitahu diri sendiri saya bahawa saya akan menikmati setiap saat yang saya akan lalui pada minggu cuti sekolah.
Semasa cuti sekolah, saya tidak pergi ke mana-mana , hanya tinggal di dalam rumah kerana ibu saya telah pergi melancong ke luar negara. Ini bermakna tiada sesiapa lagi akan membawa saya pergi ke melancong, selain daripada bapa saya (jangan haraplah!).
Pada hari yang pertama, saya telah merancang beberapa program saya pada hari cuti. Rancangan saya telah mengambil masa sebanyak 2 jam untuk selesai. Akan tetapi, saya telah ‘cancel’ rancangan saya kerana saya ialah manusia, bukan robot ! Mengapa saya hendak mengikut rancangan yang bodoh itu? Alangkah baiknya jika saya hanya membuat perkara yang saya suka mengikut ‘mood’ saya.
Cuti bermakna relaks( konsep saya). Saya telah menekan butang buka televisyen dan menonton televisyen program dari pagi sampai malam. Program yang saya tonton ialah kartun seperti Spongebob Squarepants, South park, Jimmy Neutron dan sebagainya. Yang paling saya suka ialah Spongebob kerana ceritanya yang lucu dan ‘stupid’.Sebelum ini, saya pun tidak tahu betapa seronoknya menonton televisyen. Sampai sekarang, barulah saya menyedari kepentingan televisyen kepada manusia.
Hampir separuh minggu cuti saya digunakan sebagai masa saya bersiar-siar di beberapa kompleks beli-belah yang terkenal di Selangor. Saya telah pergi bersiar-siar dengan bapa dan adik saya. Saya pun tidak tahu mengapa setiap kali mereka pegi ke kompleks beli-belah, mereka akan pergi ke kedai buku seperti Borders , Popular dan banyak lagi. Hal yang demikian, saya terpaksa membaca buku bersama mereka.Walaubagaimanapun, saya tetap berasa gembira dan puas hati kerana dapat keluar dari tempat yang bosan iaitu rumah saya. Selain daripada keluarga saya, saya juga telah pergi ke kompleks beli-belah dengan kawan-kawan saya.
Di rumah, saya juga telah mengambil kesempatan untuk menyiapkan Projek Moral dan juga telah mengambil satu tuisyen yang 'extra' kerana saya tahu keputusan saya pada ujian kali ini tidak begitu memuaskan. Saya juga telah membuat ulang kaji pelajaran yang saya tidak fahami untuk membuat persediaan pada semester yang akan datang.
Pada hari cuti sekolah, saya juga telah menyertai kelas Taekwando sebanyak 2kali seminggu. Sebenarnya, Taekwando merupakan minat saya sejak zaman kanak saya. Ini bermakna kelas Taekwando merupakan masa ‘favourite’ saya. Semasa cuti , saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya dapat meneruskan gred saya ke gred yang seterusnya.
Saya juga telah menganjurkan sebuah parti di rumah untuk menyambut cuti sekolah. Beberapa orang jiran saya dan keluarga saya telah menyertai parti tersebut yang diadakan pada waktu malam, terdapat pelbagai makanan yang lazat dihidangkan dan terdapat juga permainan yang seronok. Suasana pada malam itu sangat meriah dan itu merupakan malam yang paling saya suka semasa cuti sekolah.
Inilah pengalaman cuti saya .Sila beri komen. Terima kasih.
Ditulis oleh Greyfrozz Ant pada 21 Jun, 2007