<

+ Selamat Datang +

Selamat datang ke Summoned - blog yang dibuat oleh pelajar dari 5 Bunga Raya & diketuai oleh guru Bahasa Malaysia mereka - Puan Hanim

+ Ahli-ahli SUMMONED +

Kami pelajar 5 Bunga Raya, S.M.K. Taman S.E.A. Blog ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kami...

Chibi_Rozen aka Je Hui

Greyfrozz Ant aka Mei Yee

Ginger Cat aka Natasha Ting

+ Chocopets +

+ Links +

Imeem
Project Initial
k5harmoni
renegades
Blaze
Projek D
Organized Chaos
Theory of Lepak
snOOpy
Crazy Gamer
Aku anak Malaysia
Bm Pn.Hanim
fortune prediction

+ Wild Talk +


+ Musix +



+ Previous Posts +

Selamat Datang ke ~Summoned~

+ Thanks +

[ Brush (c) A]
[ Dingbats @ Dafont]
[ Layout designed by fern*]

Selamat Tahun Baru Cina!!!!!!

Bermula pada 18 Februari hingga 23 Februari pada tahun 2007 ini ialah perayaan Tahun Baru Cina. Di sini saya akan menceritakan pengalaman Tahun Baru Cina saya. Mungkin pengalaman saya ini kelihatan biasa sahaja kepada orang lain. Pada 18 Februari , iaitu hari sebelum Hari Tahun Baru Cina. Sebagai orang Cina, keluarga saya memang akan bersedia untuk meraikan perayaan ini. Di samping membersih dan menghias rumah, kami juga telah membeli pelbagai jenis makanan dan minuman. Pada malam itu, kami sekeluarga makan malam bersama-sama. Lauk-pauk pada malam itu sedap-sedap belaka kerana dimasak oleh ibu dengan baik. Kami makan sambil menonton program televisyen hingga pukul 12.00 tengah malam. Seronoknya! Hari Tahun Baru Cina pada tahun ini tidak seperti tahun yang dulu, keluarga saya tidak dapat menziarahi saudara-mara yang tinggal di Kuching, Sarawak. Walaubagaimanapun, kami dapat melancong ke Genting Highland,Pulau Ketam dan Tokong Tian Hou. Di Tokong Tian Hou, kami mendoakan tahun ini ahli keluarga saya berada dalam keadaan yang sejahtera. Kamu juga menziarahi saudara-mara yang tinggal di sini. Saya memang ada ambil angpau lah! Tetapi tahun kurang sedikit jika berbanding dengan tahun yang dulu. Sepanjang minggu cuti ini saya dapat melakukan perkara yang saya suka. Saya menonton tayangan, melayari laman web, bermain “ Play Station” dan makan makanan sedap. Selain itu, saya ada membuat kerja sekolah ( walaupun bukan perkara yang saya sukai ). Setiap tahun saya pasti ada menyaksikan petunjukan tarian singa, tetapi telinga saya menjadi pekak sedikit disebabkan bunyi gendang yang kuat. Begitulah pengalaman perayaan Tahun Baru Cina saya. Apakah pandangan awak?

Ditulis oleh Ginger Cat pada 04 Mac, 2007
1 Comment ♥