<

+ Selamat Datang +

Selamat datang ke Summoned - blog yang dibuat oleh pelajar dari 5 Bunga Raya & diketuai oleh guru Bahasa Malaysia mereka - Puan Hanim

+ Ahli-ahli SUMMONED +

Kami pelajar 5 Bunga Raya, S.M.K. Taman S.E.A. Blog ini menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah kami...

Chibi_Rozen aka Je Hui

Greyfrozz Ant aka Mei Yee

Ginger Cat aka Natasha Ting

+ Chocopets +

+ Links +

Imeem
Project Initial
k5harmoni
renegades
Blaze
Projek D
Organized Chaos
Theory of Lepak
snOOpy
Crazy Gamer
Aku anak Malaysia
Bm Pn.Hanim
fortune prediction

+ Wild Talk +


+ Musix +



+ Previous Posts +

Pantun Enam Kerat
Projek Hamper
The Island
Hari Sukan
Pengalman cuti saya selama 2 minggu
Pengalaman Cuti Saya
Japan !!!
~SELAMAT HARI GURU~
Pertarungan Tuah Dengan Jebat
Selamat Tahun Baru Cina~~~

+ Thanks +

[ Brush (c) A]
[ Dingbats @ Dafont]
[ Layout designed by fern*]

Pantun Enam Kerat

Duduk malamku di depan pintu,
Duduk perhati hujan yang lebat,
Duduklah aku hingga ke dahan.
E-buku pengganti buku,
Rupanya cantik fungsinya hebat,
Teknologi moden wahana pendidikan.

Semalamku begitu layu,
Hatiku cemas bila ribut serang pokok ,
Sebabku masih duduk di atas dahan.
E-buku membuka peluang baru,
Ilmu seluas laut senang didapat,
Dunia guru pelajar berjaya didekatkan.

Ditulis oleh Ginger Cat pada 26 Februari, 2008
3 Comment ♥
Projek Hamper

Playlist yang saya buat...



click to comment

Future news reporter...
click to comment

click to comment

Pada Hari Jumaat yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Hari Hamper yang bertema "Muridku, Anakku Sayang". Kami berkumpul di padang pada 8:30 pagi. Suasana ketika itu sangat meriah sedangkan semua pelajar SMK Taman S.E.A berpeluang aktiviti ini dengan perasaan yang gembira. "Pasukan wartawan kelas 5BR" pula menjalankan kerja mereka dengan baik. Selepas Puan Phua, Puan Zakiyah dan beberapa orang cikgu telah menyampaikan ucapan mereka, seorang perempuan dari salah satu rumah orang cacat telah memberikan sebuah ucapan yang pendek dalam bahasa Malaysia. Dia mengucapkan terima kasih kepada kami semua kerana sanggup menyumbangkan hamper-hamper kepada kanak-kanak kurang berupaya. Setelah ucapannya tamat, beberapa orang budak istimewa telah mempersembahkan sebuah tarian yang sangat menarik dan telah mendapat sambutan yang amat hebat daripada kalangan pelajar.

Selepas perhimpunan tamat, beberapa orang pelajar daripada kelas 5BR telah melawat dan bergotong-royong di Rumah Orang Tua ss3 bersama pelajar-pelajar lain. Oleh sebab saya tidak berpeluang menyertai aktiviti ini, saya tidak mempunyai maklumat yang lebih lengkap. Mereka balik ke sekolah selepas satu jam lebih...

Ditulis oleh ChibiRozen pada 14 Februari, 2008
1 Comment ♥
The Island


Pada 30 Jun 2007 yang lalu, saya baru-baru menonton sebuah tayangan wayang yang menarik, iaitu “The Island” di channel HBO.

Cerita beginilah bermula. Pada tahun 2019, alam sekitar dunia telah mengalami pencemaran toksik yang teruk. Ada sebahagian manusia diselamatkan daripada pencemaran itu. Mereka diarahkan tinggal di sebuah tempat yang dikawal ketat dalam pakaian, makanan, pekerjaan dan pergaulan harian. Semua orang diberikan peluang untuk menyertai loteri yang memilih beberapa orang pergi ke sebuah tempat yang dikatakan sebagai kayangan yang indah,iaitu “The Island”.

Lincoln 6-echo ialah kolonis yang tinggal di tempat kawalan ketat itu. Pada mulanya, dia mempercayai dunia telah dicemar oleh toksik dan dia bersyukur telah diselamatkan. Dia juga mempercayai kewujudan“The Island”.Walaubagaimanapun, dia sering diancam oleh mimpi yang ngeri.Selain itu, dia mendapat seekor serangga yang hidup dengan tidak sengaja.Kepadanya,dunia di luar telah dicemar tidak mungkin ada sebarang haiwan yang hidup,tetapi sekarang mengapa ada serangga yang hidup terbang dari luar dunia? Peliknya!

Lincoln 6-echo berkongsi pendapatnya dengan sahabat baiknya,Jordan 2-delta,seorang wanita yang cantik.Tetapi Jordan tidak menerima pendapat Lincoln kerana dia telah memenangi loteri yang memilihnya pergi ke “The Island” dan tetap mempercayai kewujudan tempat itu.

Pada malam itu, Lincoln 6-echo sekali lagi bermimpi.Dia berasa dia mesti mencari tempat datang serangga hidup itu.Dalam proses pencariannya,dia ternampak seorang pemenang loteri dibunuh kerana berjaya melahirkan anak kepada wanita yang serupanya dan seorang lagi sedia disembelih untuk mendapatkan organnya.Dia memahami pepindahan ke“The Island”sebenarnya janjian yang palsu.Dia tidak membenarkan perkara tersebut berlaku di atas Jordan.Dia melarikan diri bersama Jordan keluar dari tempat itu.

Dr.Merrick mengarahkan orangnya menangkap dan membunuh Lincoln dan Jordan kerana mereka dianggap sebagai “produk yang tercemar”.Lincoln berjaya mencari James McCord yang dianggap sebagai sahabat baiknya.Dia memarahi McCord mengapa membohongkan dia juga merupakan colonis tempat itu(sebenarnya McCord ialah seorang ahli sains). McCord memberitahu Lincoln dan Jordan bahawa mereka bukan manusia yang sebenar,
tetapi merupakan polisi insurans manusia tahun 2019,iaitu klon.

Selepas itu, McCord membantu mereka melarikan diri daripada ahli polis dan ahli FBI. Malangnya,Mc Cord dibunuh oleh orang Dr.Merrick.Selepas pelbagai Lincoln 6-echo berjaya mencari “sponsor”nya,iaitu Tom Lincoln.Tom Lincoln merupakan seorang yang jahat dan suka akan kejelitaan Jordan . Dia ingin memilik Jordan 2-delta dan mengambil keputusan untuk menangkap/membunuh klonya(Lincoln 6-echo). Dia berpura-pura berjanji membantu kedua-dua klon itu melalui media massa. Dia mengikuti kehendak Lincoln 6-echo ke station televisyen tetapi sebaliknya memberi arah ke Laurent.(seorang polis)

Akhirnya,Tom dibunuh oleh Albert Laurent kerana salah menganggap dialah Lincoln 6-echo.Selepas itu, Lincoln 6-echo pulang ke rumah Tom berjumpa dengan Jordan. Mereka membincang tentang cara menyelamatkan kawan-kawan mereka daripada Dr.Merrick.Mereka memasuki tempat tersebut untuk menutup penjana holografik supaya dapat menunjukkan kebenaran kepada klon lain.

Selepas Lincoln 6-echo berjaya merosakkan penjana holografik. Kemudian, pertarungan Dr.Merrick dengannya berlaku. Dr.Merrick gagal dan terbunuh.Semua klon berjaya keluar dari tempat kawalan,melihat dunia yang indah.Cerita ini berakhir dengan Lincoln dan Jordan belayar ke sebuah pulau(island) yang benar-benar ada.

Saya menyukai cerita tersebut kerana ia mengajar saya beberapa perkara iaitu kita mestilah menyayangi jiwa makhluk yang dicipta dan menyayangi alam sekitar.Cerita ini sangat menarik dengan pelbagai teknologi sains yang maju pada tahun 2019.Ia juga menunjukkan kejahatan dan kezaliman manusia yang ingin menyambutkan nyawa mereka dengan cara yang zalim.Sebaliknya,kedua-dua klon tersebut memahami nilai kasih sayang,kebenaran manusia yang baik dan percintaan antara manusia.Ini boleh dilihat dalam tayangan wayang.

Watak yang paling saya sukai ialah Lincoln 6-echo kerana dia merupakan klon yang bijak, pintas, baik hati, bertanggungjawab dan sanggup pergi ke tempat yang bahaya untuk membantu kawan-kawannya.Dia suka menegakkan keadilan dan kebenaran.Dia berasa kasihan kepada kawan-kawannya yang akan dibunuh.Dia dicipta dengan harga sebanyak 5 million untuk menyelamatkan “sponsor”nya yang mendapat penyakit hepatitis,tetapi dia tidak membantu Tom kerana Tom merupakan orang yang tidak sepatutnya diberikan bantuan.Penyakit Tom adalah perlakuan sendirinya yang keji.

Babak yang saya suka ialah babak semasa Lincoln dan Jordan berjaya melarikan diri dari tempat tinggal klon.Mereka mendapat kebebasan untuk belajar pelbagai perkara dan bebas daripada tangan Dr.Merrick.Babak ini juga menunjukkan kelucuan mereka di kedai bar.Mereka kelihatan tidak mengetahui pelbagai perkara di situ.Lincoln juga memasukkan tandas dan terus memarahi McCord yang sedang menggunakan tandas sambil membaca surat khabar. Perbuatan Lincoln ketika itu tidak mempedulikan keadaban dan penghormatian kepada McCord yang masih tidak memakai seluarnya dengan baik.Saya berasa tidak boleh menyalahkan perbuatannya yang tidak berhemah itu, kerana ketika itu dia sangat marah dan klon tidak diberi pendidikan yang dalam.

Begitulah review tayangan wayang yang saya tonton.

1.Lincoln 6-echo dan Jordan 2-delta 2.Salah seorang pemenang loteri di bilik operasi.
3.Lincoln 6-echo dan Tom Lincoln



Ditulis oleh Ginger Cat pada 15 Julai, 2007
0 Comment ♥
Hari Sukan

29 Jun adalah Hari Sukan S.M.K.T.S.. Saya, Ginger Cat, Hsu Cherng, Kwan Han, Hong Chun, Wen Leong, dua ekor 'ketam', beberapa orang lain dari kelas kami dan kawan-kawan saya telah menyertai pasukan perbarisan. Kami telah berlatih dengan bersungguh dan lama, tetapi kesiannya rumah Unggu tidak menang... T.T Walaupun kami tidak menang, tetapi saya dan rakan saya berasa sungguh seronok kerana menyertai pasukan perbarisan dan kami tidak menyesal menyertai (jika kulit kami masih putih seperti dahulu mesti lebih seronok...) Selain itu, kami juga telah mendapat pengalaman yang berharga (jika boleh mendapat Johan mesti lebih gembira... T.T)

Foto
1. Cikgu Unggu Gembira lor 2. Krs!! Nampak siapa tak? 3. Ini siapa? 4. Ahli-ahli Rumah Merah & Hijau~~




Hiasan Rumah Unggu
5. KFC!! 6. Mata Malaysia~~


Hiasan Rumah Biru
7. Laut 8. KLCC dan Menara KL 9. Penyu!!




Rumah Merah & Hijau
12. Eh, Botol juga?? 11. Katak ~~

Ditulis oleh ChibiRozen pada 29 Jun, 2007
1 Comment ♥
Pengalman cuti saya selama 2 minggu

Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah tamat!!! Ini bermakan “MERDEKA”!!! Masa berehat dan bermain saya akhirnya sudah tiba, dalam hati saya, saya memberitahu diri sendiri saya bahawa saya akan menikmati setiap saat yang saya akan lalui pada minggu cuti sekolah.

Semasa cuti sekolah, saya tidak pergi ke mana-mana , hanya tinggal di dalam rumah kerana ibu saya telah pergi melancong ke luar negara. Ini bermakna tiada sesiapa lagi akan membawa saya pergi ke melancong, selain daripada bapa saya (jangan haraplah!).

Pada hari yang pertama, saya telah merancang beberapa program saya pada hari cuti. Rancangan saya telah mengambil masa sebanyak 2 jam untuk selesai. Akan tetapi, saya telah ‘cancel’ rancangan saya kerana saya ialah manusia, bukan robot ! Mengapa saya hendak mengikut rancangan yang bodoh itu? Alangkah baiknya jika saya hanya membuat perkara yang saya suka mengikut ‘mood’ saya.

Cuti bermakna relaks( konsep saya). Saya telah menekan butang buka televisyen dan menonton televisyen program dari pagi sampai malam. Program yang saya tonton ialah kartun seperti Spongebob Squarepants, South park, Jimmy Neutron dan sebagainya. Yang paling saya suka ialah Spongebob kerana ceritanya yang lucu dan ‘stupid’.Sebelum ini, saya pun tidak tahu betapa seronoknya menonton televisyen. Sampai sekarang, barulah saya menyedari kepentingan televisyen kepada manusia.

Hampir separuh minggu cuti saya digunakan sebagai masa saya bersiar-siar di beberapa kompleks beli-belah yang terkenal di Selangor. Saya telah pergi bersiar-siar dengan bapa dan adik saya. Saya pun tidak tahu mengapa setiap kali mereka pegi ke kompleks beli-belah, mereka akan pergi ke kedai buku seperti Borders , Popular dan banyak lagi. Hal yang demikian, saya terpaksa membaca buku bersama mereka.Walaubagaimanapun, saya tetap berasa gembira dan puas hati kerana dapat keluar dari tempat yang bosan iaitu rumah saya. Selain daripada keluarga saya, saya juga telah pergi ke kompleks beli-belah dengan kawan-kawan saya.

Di rumah, saya juga telah mengambil kesempatan untuk menyiapkan Projek Moral dan juga telah mengambil satu tuisyen yang 'extra' kerana saya tahu keputusan saya pada ujian kali ini tidak begitu memuaskan. Saya juga telah membuat ulang kaji pelajaran yang saya tidak fahami untuk membuat persediaan pada semester yang akan datang.

Pada hari cuti sekolah, saya juga telah menyertai kelas Taekwando sebanyak 2kali seminggu. Sebenarnya, Taekwando merupakan minat saya sejak zaman kanak saya. Ini bermakna kelas Taekwando merupakan masa ‘favourite’ saya. Semasa cuti , saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya dapat meneruskan gred saya ke gred yang seterusnya.

Saya juga telah menganjurkan sebuah parti di rumah untuk menyambut cuti sekolah. Beberapa orang jiran saya dan keluarga saya telah menyertai parti tersebut yang diadakan pada waktu malam, terdapat pelbagai makanan yang lazat dihidangkan dan terdapat juga permainan yang seronok. Suasana pada malam itu sangat meriah dan itu merupakan malam yang paling saya suka semasa cuti sekolah.

Inilah pengalaman cuti saya .Sila beri komen. Terima kasih.

Ditulis oleh Greyfrozz Ant pada 21 Jun, 2007
0 Comment ♥
Pengalaman Cuti Saya

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007 telah tamat. Kemudian, minggu cuti sekolah yang diharapkan oleh semua orang pun datang…^0^

Pada 26 Mei hingga 10 Jun 2007 adalah cuti sekolah yang panjang, iaitu selama 2 minggu. Pengalaman cuti saya tidak seperti kawan saya Je hui dan Wei Fen yang dapat pergi melancong ke luar negara.Saya hanya bersiar-siar di tempat saya sahaja. Minggu cuti sekolah saya boleh dikatakan sebagai “minggu belajar” kerana saya dapat belajar beberapa perkara.

Saya mengambil peluang ini untuk membuat projek moral dan mengulang kaji Matematik Tambahan kerana markah matapelajaran ini dalam peperiksaan pertengahan tahun 2007 adalah paling rendah.*0* Saya juga pergi ke perpustakaan awam yang terletak di dalam Tokong Kuan Inn Teng untuk meminjam beberapa buku dan novel.

Hampir setiap hari dalam minggu cuti ini saya pergi bersiar-siar di beberapa kompleks membeli-belah seperti Ikano Power Centre, The Curve, Tesco, Mid Valley Megamall dan Suria KLCC bersama keluarga saya. Saya pun tidak tahu mengapa ibubapa saya selalu membawa kami bersiar-siar di kompleks-kompleks tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih berasa seronok kerana dapat bersiar-siar bersama keluarga. Saya paling suka pergi ke kompleks Ikano Power Centre kerana di sana ada kedai buku Popular yang besar dan saya suka membaca buku-buku di sana.Buku yang saya paling suka baca ialah “ The Adventures of Tintin” dan "Detective Conan". Saya juga makan tengah hari di Restoran Santai Kitchen.

Saya “dipaksa” oleh bapa untuk menyertai kelas tarian ballet semula pada cuti ini ( saya telah berhenti belajar tarian ini sejak satu tahun lalu). Bapa sebagai guru kelas itu, menyuruh saya menyertai kelas gred 8 ( walaupun saya berasa susah ) kerana masa kelas itu sesuai kepada saya. Saya terpaksa mengikuti gerak-geri pelajar-pelajar lain, susahnya! Tetapi saya masih belajar dengan bersungguh-sungguh.

Di rumah, selain daripada membuat dan mengulangkaji kerja sekolah saya ada menjalankan hobi saya, iaitu melukis. Hakikatnya, saya ingin mempunyai komik sendiri apabila saya mula bekerja.Oleh itu, saya menggunakan cuti ini untuk menulis plot-plot cerita komik dan belajar melukis watak-watak saya.Ok, di sini saya mula cakap tentang piano saya. walaupun saya amat suka bermain piano,tetapi teknik bermain piano saya sudah “bergerak ke arah belakang”. Maksudnya tidak ada sebarang kemajuan sejak saya berhenti belajar piano lagi.Oleh itu, saya cuba mendapat piano “music sheet” yang percuma dalam internet untuk belajar.

Satu hari dalam minggu cuti ini saya berpeluang "menyaksikan" sebuah kes kebakaran di Taman Megah semasa saya pergi ke RHB bank bersama ibu dan adik.Kebakaran itu boleh dikatakan sebagai kebakaran kecil kerana tidak terbakar semua bahagian kedai.Menurut seorang lelaki,kebakaran itu mungkin disebabkan oleh masa penggunaan alat penyaman udara yang terlalu lama.Ketika itu saya dan adik menunggu ibu di dalam kereta.Tiba-tiba seorang pak cik memberitahu kami sebuah kedai di belakang kereta kami berlaku kebakaran.Saya segera melihat ke arah belakang. Saya ternampak asap hitam berkepul-kepul keluar dari tingkap kedai itu.Ibu saya pula segera memandu kereta ke tempat yang lebih jauh dari tempat tersebut.Keadaan masa itu kelam-kabut.Saya dapat melihat ada orang membantu mengawal api dengan air,ada yang sibuk mengambil gambar dan ada yang sibuk menelefon bomba.Selepas 10 minit kemudian,kereta bomba telah datang.Walaupun api berjaya diputuskan sebelum mereka datang,mereka tetap memeriksa keadaan kedai itu supaya tiada orang cedera atau terperangkap di dalam kedai itu.Kes kebakaran ini benar-benar berlaku di Taman Megah, saya tidak menipu.

Ketika saya dan keluarga pergi ke kompleks Sungei Wang pada hari cuti yang terakhir,kami ternampak amaran banjir di sebuah papan elektronik kecil.Nasib baik kami percaya amaran tersebut dan menukar destinasi kami kepada Mid Valley.Jika tidak,kami akan terperangkap di Kuala Lumpur kerana banjir.Keesokan harinya,berita tentang Kuala Lumpur dilanda banjir kilat telah diterbitkan di surat khabar! 0_0

Begitulah pengalaman cuti saya.Harapkan kamu semua dapat memberikan komen-komen tentang pengalaman tersebut kepada saya.Terima kasih.^.^




Inilah makanan kami makan di Restoran Santai Kitchen,Tesco. Walaupun lauk-pauk ini kelihatan "hodoh"sedikit(telah kami makan separuh >.< ),tetapi amat sedap dan harganya berpatutan.

Ditulis oleh Ginger Cat pada 16 Jun, 2007
0 Comment ♥
Japan !!!

Ujian Pertengahan Tahun sudah bertamat dan saya dan ibu saya akan pergi ke negara Jepun pada 25 Mei. Ayah menghantar ibu dan saya ke KLIA pada pukul 7:45, kami tiba di KLIA pada pukul 8:30. Selepas menunggu Kapten kami - Rosnah, kami pun pergi "check in". Salah satu orang kawan kami, Jewel hampir tidak dapat masuk, pekerja di situ salah menganggap SALAH satu Jewel yang mempunyai nama yang SAMA dengannya dan "confuss": "orang ni dah check in, buat apa dia nak check in lagi?!" Nasib baik dia dan beberapa pekerja lain akhirnya memahami ada 2 orang Jewel di atas kapal terbang...

Selepas "check in", kami menunggu untuk menaik kapal terbang MH. "Security" di situ AMAT ketat, beg semua orang diperiksa, dan semua orang pergi melalui sebuah pintu yang hampir gred semua orang sebagai "bahaya"(-.-lll). Pada pukul 11:15, kami menaiki kapal terbang. Pada pukul 11:30, kapal terbang bermuka bergerak dan selepas 5 lebih minit, kapal terbang itu berjaya berterbang (mestilah, jika tidak buat apa panggil kapal "terbang") 

Cantiknya pemandangan di bawah!! Cahaya lampu nampak seperti bintang. Saya dan ibu saya duduk di tepi tingkap, agak bising... Malam itu saya hanya tidur T.I.G.A. jam sahaja, susah juga nak tidur. Mengapa? 1. Bising enjin kapal terbang 2. Terlalu "excited"... 3. Makanan diberi pada pukul 1 DAN pukul 5. Siapa boleh tidur!?

Kami tiba di Narita Airport pada 11 pagi. Kami menaiki "densha"- LRT ke Terminal 2, lalu menaiki "basu" -bas ke tempat perhimpunan keluarga "angkat" kami. Semua keluarga angkat kami adalah ahli Hippo Family Club. Mereka juga pernah mangadakan aktiviti menjemput orang dari pelbagai negara ke rumah mereka untuk mengetahui cara hidup orang dari negara lain. Apabila kami masuk ke bilik mereka berkumpul, kami dijemput dengan meriah sekali. Orang Jepun amat "friendly"!!! Hampir semua keluarga angkat sekeluarga datang untuk menjemput kami. Pada mulanya, kami mengenalkan keluarga kami, selepas itu, kami menonton drama "Lobak". Lobak adalah cerita seorang datuk yang sedang menarik sebatang lobak yang AAAMMAAAATT besar. Mungkin anda sudah tahu, dia gagal... Selepas itu, nenek mari tolong, gagal lagi, akhirnya perempuan, anjing, kucing dan tikus pun datang menolong dan mereka berjaya menarik keluar lobak beasr itu.

Berikut adalah dialog mereka: Narator: Lobak besar (seorang mengambil sekeping gambar lobak dan menyembunyi badan lobak itu dengan sekeping kertas lagi, oleh itu lobak itu hanya boleh lihat daunnya.)

Narator : Datuk (Gambar seorang datuk dikeluarkan) tarik lobak. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...

Datuk: Nenek! (Seorang mengeluarkan gambar nenek)

Nenek: Apa?

Datuk: Mari tolong!!! (Nenek datang)

Bersama-sama : nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar, 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...

Nenek: Perempuan! (Gambar perempuan dikeluarkan)

Perempuan: Apa?

Nenek: Mari tolong!!! (Perempuan datang)

Bersama -sama: Perempuan tarik nenek, nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Tak boleh...

Perempuan: Anjing.......

..... (sama saja...) Akhirnya...

Kucing: Tikus!

Tikus: Apa?

Kucing: Mari tolong!!! (Tikus mari)

Bersama-sama: Tikus tarik Kucing, kucing tarik anjing, anjing tarik perempuan, perempuan tarik nenek, nenek tarik datuk, datuk tarik lobak besar. 1, 2, 3, 1, 2, 3, Boleh!!! Lobak keluar, Malaysia Boleh!!!

Mereka belajar bahasa Malayu untuk kami semua dan pandainya!!! Kami amat terharu TvT. Selepas "bermain" dengan mereka, saya dan ibu saya mengikut keluarga angkat ibu saya iaitu keluarga Ozawa ke Sunshine City.Ibu angkat saya ialah Niimi Naoko-san (san adalah encik/mak cik/cik) tetapi anaknya, Yuna-chan (panggilan untuk anak kecil, lelaki dipanggil XXX-kun) menyertai hari sukan di sekolahnya, manakala suaminya, Niimi Kazuhiko-san oleh itu mereka tidak dapat datang menjemput saya. Keluarga saya dan kleuarga ibu tidak sama. Sebenarnya kami minta mereka membahagikan kami ke keluarga yang sama tetapi mereka kata keluarga di Tokyo tidak mampu mengambil kami, nasib baiknya kedua-dua keluarga berkenal dan kawan baik juga.

Kami pergi ke Sunshine City dengan mengguna "subway", subway di Jepun amat sistematik, tiket boleh dibeli di mesin. Apabila kami tiba di Sunshine City, kami pergi ke restoran Japun makan Udon (sejenis mi "gemuk" berwarna putih) dengan Tenpura (udang). Sedapnya... Tetapi terlalu banyak, saya tidak mampu habis semua... Selepas itu kami pergi membeli-belah, sini kata membeli -belah, tetapi apa-apa pun tidak kami beli. Kami pergi ke kedai buku. Sebenarnya jika boleh... sekarang saya mungkin berada di kedai buku membaca manga-komik Jepun, dan post ini tidak berpeluang dikeluarkan... >v<

Kepada mereka yang anggap rumahnya atau bilaknya saaaaanggaaaaaaaaat kecil, bersyukur, rumah mereka, maksud saya ialah rumah, bukan bilik, mungkin hanya tiga atau dua setengah bilik anda besar sahaja... ruang tamu dan dapur mereka bergabung, mereka hanya ada satu tandas, dan satu bilik mandi yang kacil sahaja. Tandas itu hanya sebesar, mungkin lebih besar siiiikiiiiit daripada tandas kapal terbang. Saya tinggal di rumah Ozawa sehingga 7:30, kami bertolak ke Hippo center yang terdekat di Itabashi-tempat tinggal saya dan ibu saya. Mereka mengadakan satu parti lagi untuk kami. Kami menonton "drama Lobak" mereka sekali lagi. Selepas itu, kami menolong mengangkat kerusi dan meja untuk makan malam (sebenarnya mereka ingin kami duduk dan lihat sahaja kerana kami ialah tetamu)

Mereka mengeluarkan bento (makanan yang diletakkan dalam kontainer supaya mudah untuk membawa) dan saya diberi satu bento makan. Dalam bento itu ada nasi, ikan, tofu, telur dan ???( tidak tahu panggilannya...) Kami balik ke rumah masing-masing selepas itu, saya menaiki kereta Niiimi Kazuhiko-san dan ikut mereka balik ke rumahnya.

Inilah hari pertama saya di Jepun...

Pada hari kedua, kami pergi ke Tokong Asakusa. Susahnya nak cari tempat untuk meletak kereta... Kami telah cari dua tempat baru dapat. Tempat meletak kereta mereka juga sungguh menjimat tempat. Kereta diletak di bawah tanah dan mahal juga... Dan bukan itu sahaja, tempat kereta itu terletak agak jauh dari Tokong Asakusa, oleh itu kami berjalan ke situ selama 15 minit baru tiba. Banyak orangnya di Asakusa... Dan pelbagai kedai juga dibuka di seluruh jalan ke Ibadat Asakusa. Ada kedai yang menjual makanan: ais-krim, kuih-muih, biskut, ada yang menjual pakaian dan kasut, ada yang menjual cenderamata dan hiasan. Kami berjalan sambil membeli-belah di Asakusa sehingga kami sampai ke Tokong Asakusa. Selepas mengunjung Tokong Asakusa, kami pergi makan di sebuah restoran Jepun yang kecil.

Setelah makan, kami pergi ke pantai/tasik(?) kerana anak-anak ingin main air. Tasik itu amat bersih, pasirnya amat bersih... Di situ juga ada mesin yang menjual ais-krim dan minuman. Ibu saya membeli beberapa ais-krim dan belanja kawan-kawan kami. Sedapnya... Selepas itu, kami pergi ke Aqua City, sebuah pusat membeli-belah yang besar. Kami pergi ke 'Toys'r us', banyak permainan yang berbagai-bagai dan buku dan gula-gula boleh didapat di situ!!! Ibu saya telah membeli dua helai pakaian kanak-kanak untuk pada waktu makan yang boleh mengurangkan 'pengotoran' yang dibuat olehnya untuk anak sepupu saya manakala saya telah membeli satu model Fate/stay Night- Archer. Walupun model itu kecil, tetapi sungguh cantik... >.<>

Setelah kami telah kenyang, kami pergi ke Tokyo Tower!!! Pada masa itu, cuaca di situ agak sejuk... >w<

To be continue...


Inilah Asakusa...

Ditulis oleh ChibiRozen pada 29 Mei, 2007